Tuesday, July 3, 2012

Maria Elena Hijab itu Pelengkap!

Assalamualaikum dan salam sejahtera!!

Siapa yang tak kenal blogger terkenal MARIA ELENA??  she's awesome rite??? 

Atau gelaran lain Ratu Youtube. :)
Maria merupakan seorang Jurutera,yang baru sahaja mencecah umur 25 tahun.Beliau sangat aktif dalam penulisan blog dan juga streaming video Youtube,dengan kata lain beliau merupakan "one of my favourite blogger."

Maria sangat aktif dalam penyampaian mesej-mesej yang ingin diketengahkan,cara yang disampaikan sangat2 mudah difahami dan kadangkala boleh pecah perut melihat telatah beliau.

Selain http://peliks.blogspot.com/ beliau juga merupakan penulis blog bagi http://scarflet.blogspot.com/. MasyaAllah,penulisan beliau sangat menyentuh hati,ini kerana penghijrahan beliau membuat admin begitu kagum dengan wanita ini.

Maria juga merupakan cover girl Hijabista bagi edisi July http://www.facebook.com/hijabistamagazine.Cerita tentang penhijrahan beliau melalui tudung ibu yang dipinjam membawa beliau kekal hingga ke hari ini imej berhijab. Alhamdulillah.

Sedikit coretan yang diambil dari majalah Hijabista :

MASIH BERTATIH
"saya nekad untuk berubah; I want to make a change,so I have to be the change I want to see in the world too. I'm still learning,and I'm still make mistakes. Saya masih bertatih-tatih.Hasrat saya untuk memperoleh keredaan dari-NYA InsyaAllah," dalam nada yang penuh berharap. Kesimpulannya,memang tidak dapat disangkalkan lagi, hijab itu pelengkap kita!.



Note for u : Help one another, is part of the religion of sisterhood. ~Louisa May Alcott

Friday, June 22, 2012

Pehujung penantian

Assalamualaikum semua..
Apa agak-agaknya kisah "penghujung penantian" yang admin post kan dititle blog pada hari ini?
Bagaimana pula paparan hijab yang admin janjikan dulu?

Semua perkara ini sudah semestinya menjadi persoalan buat anda.Minta maaf kepada semua yang ternanti-nantikan paparan hijab kami.2-3 minggu ni admin sangat sibuk dengan urusan kedai,photo album dan bermacam-macam lagi.. :)

Nah! dikesempatan ini,admin berjanji kepada semua sebelum permulaan bulan july admin akan sajikan kepada anda semua koleksi hijab-hijab kami.Pastinya akan menjadi "PISANG GORENG PANAS" kerana harga yang diberikan sangat murah dan berbaloi.Kami berharap semua pengikut blog kami diharap bersabar dan teruskan kesetiaan anda bersama kami.


Nota kecil : Ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan komen positif kepada admin,terutamanya rakan-rakan fb serta keluarga terdekat.Diharap brand YUMIRA COLLECTION akan menjadi satu jenama yang akan dikenali ramai. InsyaAllah..


شكرا للجميع


Monday, June 18, 2012

Wanita Muslimah itu Siapa?

Admin sangat tertarik dengan artikel dan informasi-informasi yang terdapat dalam artikel wanita ini.Dahulu wanita ini dikenali dengan identiti yang sexy,cantik dan lincah tetapi ditinggalkan semua dunia populariti itu dan berhijrah ke arah kebaikan menuju kejalan yang lebih diredhai Allah.

Sangat menarik apabila menghayati kisah perjalanan wanita ini.Banyak dugaan dan halangan yang beliau telah tempuhi,namun disebabkan utuhnya iman di dada beliau bangkit dan menolak semua kata-kata negatif tersebut menjadi satu semangat untuk beliau dalam menyebarkan dakwah islam.

Wanita ini seharusnya dijadikan "role model" bagi kita semua,tak semestinya yang baik itu sentiasa baik,kadang-kadang kesilapan yang lepas boleh membuat kita menjadi LEBIH BAIK..

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau,rajin-rajin la ke laman web beliau iaitu
PENULISAN DARI HATI WARDINA SAFIYYAH
http://www.wardinasafiyyah.com/laman-utama


“Hidup ini satu perjuangan. Life is a struggle …Mari berjuang untuk memperbaiki diri. Berjuang untuk mencari ilmu dan menghiaskan diri dengan akhlak dan adab. Supaya InsyaAllah kita beroleh Taqwa dan mendapat ketenangan hakiki di dalam jiwa. Tidak cukup dengan hanya menjadi seorang Muslim. Kita seharusnya berjuang sedaya upaya, untuk menjadi seorang Mu'min!” - Wardina Safiyyah -

Being me !


Assalamualaikum.
Sapaan salam suai kenal,sisters...

Pertanyaan saya, bersediakah anda untuk menyambut revolusi hijab?
Pastinya YA!!

Dahulu,seringkali wanita yang bertudung ditindas mahupun dikatakan dek ketinggalan zaman..
BUT TODAY,u are wrong! look out there women wearing hijab also can do anything.. go for it gurl!

Melihat kepada video di atas,admin merasa kagum melihat fenomena berhijab sekarang.Ia bukanlah satu fenomena yang ketinggalan zaman lagi.Malahan berhijab kini sudah menjadi satu revolusi fesyen yang positif. Dengan berhijab kita boleh menjadi siapa yang kita mahu,dan capai apa yang kita mahu! we are who we are! SAY IT LOUD!!

Janganlah merasa segan bagi sesiapa yang mahu berhijrah memakai tudung,kerana ia adalah tuntutan.
Takkan hilang kecantikan yang dipinjamkan Allah kepada kita sekiranya kepala kita ditutupi sehelai kain,malahan ia lebih cantik dipandang orang.

Mari kita renungkan sejenak petikan kata-kata ini..
"Jangan dipikirkan pandangan makhluk tapi pikirkan pandangan Allah kepada kita."
SubhanaAllah.Pinjaman dunia sementara akhirat kelak kekal abadi.

LEARN , SHARE , TEACH , INSPIRE , DREAM , ENVISION , INNOVATE , BENEFIT , ASPIRE , LEAD, GROW & SUCCEED  . .



Friday, June 15, 2012

Hijab Yang Pertama Buatku

Hijab,tudung,sigar,undung...
Sebutlah apa jua mengikut pemahaman anda, seperkara
yang jelas ia menerangkan satu objek yang samar :
SEHELAI KAIN YANG MENUTUPI RAMBUT.

Mari kita hafal dan ingat bahawa antara ayat yang menyuruh wanita berhijab adalah di dalam surah Al-Ahzab ayat 59 yang membawa maksud,
"Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya (tudung/hijab) ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali (perempuan yang baik) sehingga mereka tidak diganggu."


Pesanan ini untuk ingatan diri saya dan teman-teman yang lain.

Seorang anak gadis yang sayangkan ayahnya pasti akan menutup aurat kerana dia tidak mahu ayahnya diseret ke dalam neraka.

Memakai tudung dengan berfesyen adalah lebih baik daripada tidak bertudung langsung..

Brtdunglh wlau trpksa. Solatlh wlau trpksa. Puasalh wlau trpksa. Kerna kwajipn itu mmg kdgkala sfatnya trpksa. 

Ramai pesanan dan nasihat yang menyuruh kita berhijab,walaupun kita rasa terpaksa tapi takper la sudah menjadi  tuntutan agama. :)

Banyak lagi yang saya nak kongsikan  dengan semua, Please support us YUMIRA Collection, selain bisnes ini dijadikan wang pendapatan, kami harap ia akan menjadi satu ibadah buat kami bagi menyuruh dan mengajak wanita untuk berhijab,bagi sesiapa yang sudah berhijab kami ingin memberi mereka satu nafas baru dalam pemilihan fesyen berhijab.

Coming soon there's a lot of Hijab in Yumira Collection.. STAY TUNED..